announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Penyelia tapak tidak pantau punca suami isteri maut insiden runtuhan

Kurang pemantauan dan aspek keselamatan diabaikan oleh penyelia tapak pembangunan menjadi punca pasangan suami isteri terkorban hari ini apabila runtuhan berlaku di Bangunan Terminal Bersepadu Gombak, awal pagi tadi. Menurut Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH), Tan Sri Lee Lam Thye insiden di tapak pembinaan sering berlaku dan sudah tiba masanya, undang-undang diperketatkan.