Tutup

Penyeragaman harga tol bawa banyak manfaat buat Pulau Pinang

Penyeragaman kadar tol Jambatan Sultan Abdul Halim Mu?adzam Shah (JSAHMS) dengan tol Jambatan Pulau Pinang sebanyak RM7 dilihat akan membawa manfaat kepada pertumbuhan ekonomi di negeri itu khususnya di Batu Maung dan Seberang Perai Selatan. Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata selain dapat seimbangkan aliran trafik di kedua-dua jambatan sekaliguskan dapat mengurangkan kesesakan sedia ada di Jambatan Pulau Pinang.