Tutup

Perasmian Hospital Tunku Azizah

Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan mencemar duli merasmikan Hospital Tunku Azizah pada Isnin. Dalam titah ucapan perasmiannya, baginda menzahirkan rasa terharu atas inisiatif kerajaan menamakan nama hospital terbabit dengan nama baginda. Tunku Azizah ketika bertitah, turut mengingatkan golongan ibu agar menggunakan fasiliti yang dibangunkan kerajaan Malaysia. Dan untuk perkembangan terkini kita bersama Fareez Azman di Hospital Tunku Azizah.