Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Perbezaan PKPD dan PKPD Pentadbiran

Menurut Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dibahagikan kepada dua jenis, PKPD dan PKPD Pentadbiran. Bagi kawasan di bawah PKPD Pentadbiran, penduduk dibenarkan keluar dan masuk dengan pemeriksaan kesihatan, manakala mereka di kawasan PKPD tidak dibenarkan keluar sama sekali. Juga, semua rakyat Malaysia dibenarkan mendaftar perkahwinan dengan jumlah maksima empat orang.