Tutup

Pergaduhan di Wangsa Maju tidak libatkan isu perkauman

Polis menafikan pergaduhan antara dua kumpulan yang melibatkan 40 lelaki di pusat beli-belah Wangsa Walk, Wangsa Maju semalam adalah pergaduhan antara kaum. Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata, pergaduhan yang berlaku kira-kira pukul 6.30 petang itu kini menjadi viral setelah dikongsi di laman-laman sosial.