Periksa MPV polis: Tiga lelaki direman tiga hari

Tiga individu direman selama tiga hari oleh Mahkamah Seremban hari ini bagi membantu siasatan berhubung insiden memeriksa kenderaan peronda polis (MPV) di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chung Hua, Rantau baru-baru ini. Pemangku Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop berkata, ketiga-tiga suspek berusia 36 hingga 50 tahun itu disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas penjawat awam.