Perincian cukai jualan Petroleum diperinci Rabu depan

Perincian cadangan pelaksanaan cukai jualan lima peratus ke atas produk petroleum di Sarawak akan diperjelas pada sesi penggulungan dalam Sidang Dewan Undangan Negeri Sarawak Rabu depan. Ketua Menteri Sarawak Datuk Abang Johari Tun Openg menjelaskan demikian ketika ditemui semasa hadir ke Dewan Undangan Negeri Sarawak pada Jumaat.