Tutup

Perkataan kesat, Dewan Rakyat sekali lagi kecoh

Situasi dalam Dewan Rakyat kecoh sebentar selepas salah seorang ahli Parlimen dari Barisan Nasional telah mengeluarkan kata kesat akibat kecewa dengan sikap seorang ahli Parlimen dari Pakatan Harapan. Perkara ini berlaku selepas Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri Ong Kian Ming menjawab soalan dari Datuk Seri Hamzah Zainudin (BN - Larut) yang bertanyakan tentang aliran keluar masuk pelaburan dan dana melibatkan Malaysia.