announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Perkembangan kes siasatan pegawai polis didakwa rogol wanita Mongolia

Kertas siasatan berhubung kes seorang pegawai polis yang dipercayai merogol dua wanita warga Mongolia telah lengkap dan dirujuk kepada Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, pihaknya juga menerima arahan untuk mengambil beberapa tindakan susulan berhubung kes itu, termasuk mengemas kini siasatan.