Tutup

Permaisuri Agong tutup akaun Twitter, netizen terkejut dan sedih

Terkenal dengan sifat ramah dan berjiwa rakyat, Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajjah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sering menggunakan akaun twitternya untuk berinteraksi dengan rakyat serta berkongsi momen-momen indah dari sudut pandang baginda sendiri. Namun begitu, semakan di media sosial pagi tadi mendapati, akaun Twitter rasmi milik Tuanku Permaisuri Agong tidak ditemui dan kelihatan seperti telah dinyahaktif.