Tutup

Pertukaran, rawatan air dicadangkan atasi kematian ikan di Pantai Lido

Jabatan Perikanan Negeri Johor mencadangkan supaya dilakukan kaedah pertukaran dan rawatan air di kawasan Pantai Lido yang dicemari bahan ammonia hingga mengakibatkan kematian ikan di pantai terbabit. Menurut Pengarahnya Zamani Omar masalah ammonia boleh diatasi dengan melakukan pertukaran air bertakung seluas kira-kira 10 hektar itu di mana air berkenaan perlu dirawat sebelum dilepaskan ke perairan umum.