Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Peruncit rayu bantuan kewangan

Persatuan Peruncit Malaysia (MRA) menjangkakan sektor peruncitan mengalami penurunan jualan sebanyak 90 peratus menjelang hujung bulan ini susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat COVID-19. Presiden Mra, James Loke berkata, ini kerana sektor peruncitan sehingga kini sudah mengalami penurunan jualan sebanyak 60 peratus sejak Februari lalu.