Pesara, anggota polis didakwa 27 pertuduhan seleweng kad minyak PDRM

Seorang pesara dan anggota polis yang bertugas di Cawangan Pengangkutan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Alor Gajah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Alor Gajah atas pertuduhan pecah amanah menggunakan kad inden minyak milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) sejak 2016 lalu. Tertuduh Zahari Daud, 59 tahun dan Mior Mohd Syamsul Jalaluddin, 34 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap 27 pertuduhan terhadap mereka yang dibacakan secara berasingan di hadapan hakim Ahmad Sazali Omar.