Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Pesawat khas bawa pulang rakyat Malaysia dari Tehran tiba di KLIA

Pesawat khas yang membawa rakyat Malaysia dari Tehran, Iran, satu daripada negara yang paling teruk dilanda wabak COVID-19, selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang awal pagi tadi. Pesawat Airasia disewa khusus untuk misi Bantuan Kemanusiaan dan Bencana (HADR) yang digerakkan oleh kerajaan Malaysia itu tiba pada 6.35 pagi, menurut Agensi Pengurusan Bencana Negara.