Tutup

PETRONAS PRIMAX 97: Teknologi F1 untuk kegunaan optimal di jalan raya

Petronas bakal saksikan kejayaan kali kedua berturut-turut dalam perlumbaan formula one oleh pasukan Formula One Mercedes Amg Petronas malam ini di Grand Prix Abu Dhabi. Formula kejayaan Petronas antaranya disokong oleh pakar-pakar di belakang tadbir dan produk-produk berkualiti yang menjana jentera pasukan Formula Satu Mercedes Amg Petronas. Kita saksikan bingkisan bagaimana teknologi F1 diserapkan untuk kegunaan optimal kenderaan harian di jalan raya Bersama Pengarah Urusan Merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Dagangan Berhad, Mohd Ibrahimnuddin Mohd Yunus.