Tutup

PH tidak perlukan Pas sebagai anggota baharu - Saifudin Nasution

Sebagai sebuah parti gabungan yang berdasarkan kepercayaan dan rasa menghormati, Pakatan Harapan (PH) tidak memerlukan penyertaan Pas dalam gabungan mereka. Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifudin Nasution Ismail menegaskan, sebarang cubaan memasukkan Pas mestilah berdasarkan prinsip konsensus atau kesepakatan yang disetujui bersama antara ahli gabungan.