Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

PKPB: Jawi perkenal sistem giliran tunai solat berjemaah

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) memperkenalkan sistem giliran kepada semua pihak untuk mendapat peluang menunaikan solat berjemaah di semua masjid dan surau terpilih. Pengarah Jawi, Mohd Ajib Ismail berkata, sistem itu bagi memberi keadilan kepada semua kariah masjid untuk menunaikan solat berjemaah sama ada solat lima waktu, solat Jumaat dan solat terawih.