Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

PKR gesa lantikan politik PH Perak letak jawatan

PKR Perak meminta semua pemegang jawatan lantikan politik ketika pentadbiran Kerajaan Negeri Pakatan Harapan meletakkan jawatan dengan segera. Ia sebagai tanda protes perubahan kerajaan kepada Perikatan Nasional seperti yang diumumkan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu. Ketua Penerangan PKR Perak, Raja Azam Shah Raja Omar Ikram berkata, ia lebih bermaruah daripada menerima surat pemberhentian dan pemecatan daripada kerajaan baharu.