PKR kutuk politik jijik dan keji

PKR mengulangi komitmen untuk menolak politik jijik dan keji berhubung penularan siri video intim yang dikaitkan dengan Timbalan Presidennya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali. Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa negara sepatutnya menumpukan pada soal ekonomi dan sosial dan tidak terheret ke dalam kancah yang hina.