Tutup

PKS Malaysia teroka pasaran luar menerusi CAEXPO

Lebih 1,700 Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Malaysia berjaya menembusi pasaran besar China melalui Pameran Ekspo China-ASEAN (CAEXPO) sejak dianjurkan pada 2004. Dalam usaha memperkasakan PKS yang menjadi tulang belakang kepada ekonomi negara, MATRADE membuka platform penerokaan pasaran China dan negara lain kepada PKS dalam perdagangan pelaburan dan pelancongan.