Tutup

PLUS anjur Hari Komuniti bersama masyarakat

Bagi berkongsi rezeki yang diperoleh bersama masyarakat, pihak PLUS Malaysia menganjurkan Hari Komuniti PLUS peringkat kebangsaan di beberapa lokasi seluruh Malaysia. Bertempat di Sik Kedah, program disambut meriah selepas pihak PLUS termasuk Pengarah Urusan PLUS Malaysia, Datuk Azman Ismail turun padang bersama penduduk Kampung Hujung Bandar bergotong royong bagi menceriakan dan menambahbaik kemudahan kampung.