Tutup

PM ke China bulan depan bincang projek ECRL

Lawatan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ke China yang dijangka pada pertengahan bulan depan, antara lain akan membincangkan kajian projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL). Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah berkata, kedua-dua negara akan membincangkan perjanjian yang ditandatangani oleh kerajaan terdahulu.