Polis ambil keterangan empat individu termasuk Presiden MABA

Polis telah mengambil keterangan empat individu termasuk presiden Persatuan Bola Keranjang Malaysia MABA. Ia bagi membantu siasatan kesalahan memaparkan visual bendera Malaysia yang mempunyai lima pecahan bintang ketika acara pembukaan Kejohanan Bola Keranjang Milo Lum Mun Chak ke-28 di sebuah stadium pada Isnin.