Polis buru geng Yamaha 125Z terlibat samun di Ampang

Polis sedang memburu empat lelaki terlibat dalam kes samun di Jalan Bunga Melati, Taman Seraya Pandan Indah, Ampang, pada Selasa. Menurut Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Hamzah Alias kejadian berlaku pada 9.25 malam apabila seorang wanita berusia 26 tahun didatangi empat suspek berkenaan yang menaiki Yamaha 125ZR.