Polis buru wanita didakwa dera tiga anak kandung

Seorang ibu tergamak mendera tiga orang anak kandungnya termasuk seorang anaknya yang kelainan upaya (OKU). Wanita berusia 40-an itu kini sedang diburu polis kerana didakwa mendera anak kandungnya yang berusia 11, tujuh dan dua tahun di rumah mereka di rumah Transit Uda , Tanjong Tokong sejak April lalu.