Polis marin rampas 155 tan sisa kacang soya dari Argentina

Pasukan Polis Marin Wilayah Satu berjaya mematahkan cubaan seludup masuk 155 tan sisa kacang soya dari Argentina ke negara ini. Pemangku Komander Superintendan Dimin Awang berkata sisa kekacang yang dipercayai untuk dijadikan makanan haiwan peliharaan itu dibawa masuk tanpa dokumen atau permit import.