Tutup

Polis Marin tahan bot tanpa permit dengan muatan 200 kilogram ikan

Pasukan Polis Marin Wilayah 1 Langkawi menahan sebuah bot tidak bernombor dan merampas pelbagai jenis ikan segar yang dianggarkan seberat 200 kilogram bernilai 4 ribu ringgit. Hasil pemeriksaan mendapati, individu terbabit membeli ikan dari Thailand untuk dijual di sekitar Pulau Langkawi tanpa permit yang sah.