Polis nafi laporan forensik kes rogol Exco Perak hilang

Polis menafikan laporan forensik kes rogol pembantu rumah warga Indonesia membabitkan seorang Exco Perak hilang. Menurut Ketua Polis Perak Datuk Razarudin Husain laporan polis sudah dibuat bagi membolehkan siasatan dijalankan terhadap pihak yang menyebarkan maklumat palsu menerusi satu akaun Facebook.