Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Polis panggil dua saksi pakar kes kematian Adib

Dua saksi pakar akan dipanggil dalam masa terdekat bagi membantu siasatan polis berhubung kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed memaklumkan, saksi pakar yang akan dipanggil itu adalah Perunding Kanan Patologi Forensik United Kingdom Prof Dr Shahrom Abd Wahid.