Tutup

Polis Sabah giat banteras penggunaan bom ikan

Polis sudah menahan 10 orang dan memeriksa 95 bot nelayan dalam operasi membanteras kegiatan bom ikan di perairan semporna sehingga semalam. Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Omar Mammah berkata operasi tersebut juga dilaksanakan bagi mengesan suspek yang terlibat dalam insiden maut akibat bom ikan di perairan itu pada Jumaat lepas.