Polis sahkan tiada ancaman bom di IMU

Polis mengesahkan Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU) Bukit Jalil menerima panggilan ancaman bom, pada jam 1.30 petang Jumaat. Unit kereta peronda dan anggota ronda cegah jenayah Balai Polis Bukit Jalil telah dikejarkan ke lokasi dan tindakan mengosongkan bangunan telah dibuat.