Tutup

Polis sambut pelajar pada hari pertama persekolahan

Hari pertama persekolahan tahun 2020 memberi kejutan buat para pelajar di SMK Datuk Haji Hassan Noh Kepala Batas, apabila kehadiran mereka disambut sepasukan pegawai polis. Kehadiran polis itu adalah sebagai lambang kerjasama dan hubungan yang lebih erat antara PDRM dengan pihak sekolah dalam usaha mengekang kegiatan jenayah di kalangan pelajar.