Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Polis selamatkan sembilan warga Bangladesh

Polis Kedah menyelamatkan sembilan lelaki warga Bangladesh yang dikurung dan dirantai di sebuah rumah dekat Felda Kampung Charok Keladi, Pokok Asam, Pendang. Ketua Polis Kedah, Datuk Asri Yusoff, berkata mereka yang diselamatkan dalam serbuan pada pagi Selasa itu dipercayai menjadi mangsa sindiket permerdagangan manusia.