Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Polis siasat dakwaan ada anggota arahkan sekolah turunkan hiasan

Polis sedang menyiasat dakwaan yang mengatakan ada arahan polis untuk menurunkan hiasan sambutan Tahun Baru Cina di sebuah sekolah menengah di Puchong yang menimbulkan kontroversi, baru-baru ini. Tegas Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Ismadi Borhan, tindakan tatatertib akan dikenakan terhadap mana-mana anggota terbabit sekiranya benar wujud situasi itu.