Tutup

Polis siasat dakwaan anggota PGA lepaskan tembakan

Polis mengesahkan menerima satu laporan berhubung beberapa das tembakan yang didakwa dilepaskan anggota Pasukan Gerakan Am PGA di sebuah rumah di Kampung Melayu, Padang Besar, Perlis pada malam Selasa. Ketua Polis Perlis, Datuk Surina Saad yang dihubungi berkata, siasatan dalaman sudah dimulakan, namun beliau enggan mengulas lanjut kes berkenaan.