Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Polis tahan beberapa individu kaitan kes bom Puchong

Polis hari ini menangkap beberapa lagi individu yang dipercayai ada kaitan dalam kejadian letupan bom tangan di Pusat Hiburan Movida di Puchong, Selangor, bulan lalu. Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan mengenai penangkapan itu, namun enggan mendedahkannya, kerana perkara itu masih lagi dalam siasatan. Menurutnya, tumpuan utama kini ialah bagi memburu dua lagi suspek utama bagi membantu siasatan insiden letupan itu.