Polis tembak mati lelaki amuk, bunuh rakan sekerja wanita

Polis menembak mati seorang lelaki yang cuba menyerang polis menggunakan dua bilah parang dan sebilah pisau dalam kejadian amuk di sebuah kilang di Bayan Lepas, Pulau Pinang pada Isnin. Dalam kejadian kira-kira 5.30 petang itu, suspek berusia 25 tahun dipercayai mengamuk dan bertindak menetak seorang Penyelia wanita berusia 47 tahun selain mencederakan Pengarah bahagian keselamatan kilang tersebut.