Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

'Pondok' bahagia To'ki

Siapa sangka seorang seniman yang pernah membina kemasyhuran hidup sekitar awal tahun 1990-an menerusi lagu Biasan, To'ki kini melalui jalan hidup yang sukar. Bersama isteri tercinta, To'ki menumpang teduh di sebuah 'pondok' di pinggir Batu 12, Gombak, Selangor. Tidak pernah kesal dengan takdir yang ditentukan ke atasnya, To'ki atau nama sebenarnya, Mohd Zaki Mansur berikrar untuk kembali bangkit menguruskan sebuah kehidupan yang lebih bermakna.