Poptani: Aktiviti cucuk tanam sisa sifar

Hanya berbekalkan pasu dan akuarium, anda boleh bercucuk tanam di dalam rumah menerusi Poptani. Berkonsepkan akuakultur dan hidroponik, kaedah akuaponik ini membolehkan tanaman seperti sayur-sayuran tumbuh secara organik, tanpa menghasilkan sebarang sisa yang mencemarkan alam sekitar.