announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Potong garisan berkembar: Dua penunggang motosikal maut

Dua penunggang motosikal maut dalam kemalangan membabitkan tiga buah kenderaan di Jalan Tasek Valdor, Nibong Tebal. Kejadian jam 7.45 malam Sabtu itu, menyebabkan N. Yoganathan, 51 tahun dari Nibong Tebal dan M. Kuganraaj 18 tahun dari Kulim meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan.