PPSMI dikaji semula, ditambah baik dengan sistem IT

Tun Dr Mahathir Mohamad menjelaskan Kementerian Pendidikan sedang mengkaji semula pelaksanaan program pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Perdana Menteri menegaskan kajian berkenaan akan turut mengambil kira pelaksanaan sistem teknologi maklumat di mana pengajaran yang direkodkan oleh guru yang terbaik akan dapat diguna pakai di semua sekolah.