Tutup

PRK Kimanis: Proses pengundian awal berjalan lancar

Proses pengundian awal bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kimanis berakhir pada pukul 12 tengah hari dengan hampir 100 peratus daripada sembilan pengundi yang layak mengundi, berjaya menunaikan tanggungjawab masing-masing. Menurut Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Mohamed Elias Abu Bakar, proses pengundian awal yang bermula pukul 8 pagi berjalan dengan lancar.