Tutup

PRK P.165: PH punyai peluang menang - Tun M

Segala janji akan ditunaikan sekiranya kemenangan berpihak kepada Pakatan Harapan, PH pada Pilihanraya Kecil, PRK Tanjung Piai, pada 16 November ini. Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohammad juga berharap, para pengundi akan mengambil kira kredibiliti calon PH, Karmaine Sardini dalam menerajui Tanjung Piai sekiranya dipilih kelak.