Tutup

PRK Rantau: Banyak janji PH kepada orang muda tidak tertunai

Pengundi muda menjadi faktor yang boleh memberi kemenangan untuk Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau 13 April ini. Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Lumut, Akmal Maradzi berkata, peratus besar anak muda masih menyokong PH sekali gus mengekalkan momentum kemenangan beberapa PRK sebelum ini.