Projek Bandar Malaysia diteruskan dengan perubahan

Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengumumkan Projek Bandar Malaysia akan diteruskan dengan beberapa pindaan serta dan lebih banyak penyertaan Bumiputera. Perdana Menteri menjelaskan projek tersebut akan memberi kesan besar terhadap pembangunan bandar bagi Malaysia menarik pelaburan asing langsung dan menjana Nilai Pembangunan Kasar (GDV) yang dijangka sebanyak 140 bilion ringgit. Katanya, Bandar Malaysia akan menarik institusi kewangan utama antarabangsa dan syarikat multinasional untuk membuka Ibu Pejabat Serantau.