Tutup

Proses rakam keterangan Muhammad Adib belum dijalankan - Fuzi

Proses merakam keterangan belum dilakukan ke atas anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim, yang parah dipukul dalam rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya, minggu lepas. Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, ini berikutan keadaan kesihatan Muhammad Adib masih belum mengizinkan untuk proses itu dijalankan.