Prosiding inkues Adib tamat

Mahkamah Koroner Shah Alam telah memutuskan untuk menamatkan sesi prosiding inkues bagi mencari punca kematian anggota bomba Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim setelah hampir lebih lima bulan ia berlangsung. Perkara itu diputuskan Koroner Rofiah Mohammad yang turut memutuskan tiada sebarang lagi saksi lain yang akan dipanggil.