Tutup

Pusat pemindahan sementara mampu tampung 1.63 juta mangsa banjir

Hampir enam ribu Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang mampu menampung 1.63 juta mangsa banjir di seluruh negara disediakan bagi menghadapi monsun timur laut yang dijangka berlarutan sehingga Mac depan. Timbalan Ketua Pengarah Sektor Pengurusan Pasca Bencana, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Mohamed Zahari Razali , berkata pihaknya turut memastikan keselesaan mangsa banjir di PPS terjamin.