Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Ramai ke luar negara punca PKP dilaksanakan

KKM mengesahkan terdapat warga Malaysia yang melancong ke luar negara ketika musim persekolahan bermula 14 Mac lalu termasuk penjawat awam yang bertugas di sebuah kementerian. Sambil menyifatkan perkara itu membimbangkan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata tindakan kumpulan itu berupaya meningkatkan lagi risiko jangkitan kes covid19 sekembalinya ke tanah air. Justeru katanya langkah menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan PKP antara keputusan terbaik sebagai langkah persediaan.