Tutup

Ramai pencarum TH keliru tentang 'Hibah'

Sekian lama pencarum Tabung Haji (TH) keliru dengan pemberian Hibah kerana ia diberikan setiap tahun hingga ramai yang beranggapan ia merupakan satu yang wajib. Profesor Adjung Fakulti Perakaunan & Kewangan, Universiti Selangor (UNISEL), Dr Zaharuddin Abd Rahman berkata, pencarum TH sepatutnya faham dan sedar mereka terikat dengan kontrak yang telah sekian lama digunakan.